Ahad, 4 Januari 2015

Cara & Doa Melembutkan hati Anak

Petua ini saya copy dari blog alberuni..
Anak2 merupakan rezeki kurniaan dari Allah, jika kita tak jaga amanah Allah ini, kita yang berdosa. Kadang2 anak2 ini buat kita rasa hilang sabar, kadang2 boleh 'terpukul' juga kan. Dengan petua yang diberikan ini insyaAllah saya akan praktikkan, walaupun tak semua yang disenaraikan tu mampu diamalkan.

Setiap anak mempunyai cara yang berbeza..Oleh itu kita sebagai ibu bapa perlu bijak menggunakan cara & pendekatan yang berbeza untuk menangani kerenah anak2.Sebagai seorang ibu saya akui kadang kala kita takkan terlepas dari membuat kesilapan dalam mendidik anak2.Namun jika kita sedar kesilapan itu & mengakuinya tak menjadi masalah.Jadi anak2 pun akan faham bahawa orang dewasa juga tak semesti nya betul.Saya juga suka terangkan balik kenapa saya marah pada anak..supaya dia tahu silap dia & faham yang kita bukan suka2 nak marah..Jom Baca & sama2 kit amalkan


1. Cubalah cara ini:
  • 1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
  • 2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
  • 3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
  • 4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  • 5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
2. Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:
  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali )
3. Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.
4. Cara ini juga boleh dicuba
  • 1) Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
  • 2) Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
  • 3) baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.
5. Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]

Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.

Pengedar Shaklee Anda:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
H/p: 017-2068603

Vita-C Chewable



Kebaikan Vita c Chewable

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 

Keperluan Vitamin C dalam badan kita:

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
Selain itu ibu-ibu boleh juga beri Mealshake & Omega Guard kepada anak-anak anda.Terkini Vitalea untuk kanak2 juga dah kembali.Jadi jangan lepaskan peluang nak beli sementara stok ada yer.

Pertanyaan@order hubungi:
Pengedar Shaklee Anda
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
SID: 1109476
H/p: 017-2068603

Hidup Tanpa Tekanan..

Entry yang lepas saya cakap tentang kebaikan B-Complex.Ni kita becerita bab nak atasi tekanan.
Stress dan Tekanan Perasaan membuatkan anda mengalami kemurungan dan kesedihan.


Faktor dan Punca Stress


Apakah yang menyebabkan anda stress dan tertekan?


  1. Anda tidak sihat?
  2. Anda mengalami masalah kewangan?
  3. Anda mengalami tekanan di tempat belajar atau kerja?
  4. Anda ada masalah dengan cinta?
  5. Anda ada masalah perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan?
  6. Anda ada masalah dengan cuaca yang tidak menentu?
  7. Anda stress dengan masa?
  8. Anda stress dengan jem di jalanraya?
  9. Anda stress kerana tidak dapat membuat pilihan sendiri menentukan hala tuju hidup?
  10. Anda kurang mendapat perhatian dari yang tersayang?


Cara Menghilangkan Stress dan Tekanan



  1. Sentiasa berbincang dengan orang tersayang ataupun yang paling rapat dengan anda hati ke hati mengenai tekanan yang anda alami
  2. Menyenaraikan satu-satu masalah di atas kertas sambil menuliskan pros dan kons juga penyelesaian kepada masalah tersebut
  3. Melakukan apa juga terapi yang anda suka seperti bershopping, pergi ke spa, bersukan, meluangkan masa bercuti bersama keluarga
  4. Merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab atau yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam isu tekanan yang anda hadapi
  5. Meningkatkan kualiti pengetahuan dengan ilmu dengan banyakkan membaca supaya anda akan lebih terdedah kepada penyelesaian yang lebih berilmu dan memperluaskan pemikiran dengan pengalaman orang lain
  6. Menjaga kesihatan secara optima dengan menjaga kebersihan diri, menjaga waktu makan dan sebagainya supaya diri sentiasa terurus dan lebih bertenang



Membina diri dengan Aura Positif



Apa pentingnya dengan aura positif ini? Aura positif ini akan menyeimbangkan perasaan anda dan menenangkan perasaan ke tahap yang optima supaya anda dapat menghadapi stress dan tekanan dengan sewajarnya. Bagaimana untuk membina diri dengan cas-cas positif ini supaya anda lebih gembira dan bertenang?


  1. Menjaga hati
  2. Dekatkan diri dengan Pencipta, Tuhan Yang Maha Esa. Ada berbagai cara untuk mendekatkan diri dengan Allah yang Maha Berkuasa, contohnya dengan berzikir, mengaji, menjaga solat, membuat solat2 sunat, berpuasa dan sebagainya.
  3. Berada dalam lingkungan orang-orang yang positif dan berjaya, supaya kita dapat berfikir dan bertukar pandangan dengan lebih baik antara satu sama lain
  4. Banyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah. Percaya dengan kuasa doa sebagai senjata dan perisai diri yang paling mujarab dalam hidup kerana apabila anda percaya, anda akan melalui proses penyembuhan dan miracle yang tidak tersangka-sangka.
  5. Wujudkan suasana yang paling selesa buat diri anda contohnya memastikan kebersihan diri dan tempat tinggal terjaga.
  6. Wujudkan perhubungan yang positif dengan semua orang di sekeliling kita dan berusaha mengekalkan cas-cas positif lebih banyak berbanding cas negatif dengan mengawal perasaan dan emosi setiap hati
  7. Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang halal, bernutrisi dan berkhasiat setiap hari supaya sel-sel badan mendapat khasiat yang secukupnya untuk kekal sihat dan gembira.

Zikir Terapi Diri


  • Ya Latif : (Yang Maha Lemah Lembut) Ucapkanlah 100x sehari
  • Subhanallah, Walhamdulillah, wala ilaha illallah Allahu akbar : (Maha suci Allah, Segala puji hanya untuk Allah, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, ALlah Maha Besar) 
  • La haula wala quwwata illa billah : (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)
  • Doa : Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. dan Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.
  • dan banyak lagi zikir-zikir terapi diri yang boleh diamalkan

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. [al Baqarah/2:155-157]

Selain itu kita juga boleh mengamalkan pengambilan makanan tambah seperti B-Complex untuk meredakan tekanan.Walupun begitu semuanya atas izin Yang Maha Esa wallahhualam.Kita hanya perlu usaha,doa & tawakal kepada Allah.

Pengedar Shaklee Anda:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
SID: 1109476
H/p: 017-2068603

B-Complex Untuk Semua.

Salam ceria..
petang ni nak kongsi pasal kebaikan B-COMPLEX..Selalu kita fikir B-complex ni untuk ibu2 nandung je kan??Sebenarnya salah,semua orang memerlukannya.Jom la baca

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin


Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.


Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Tanda - tanda Kekurangan B Complex


  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi
Pertanyaan@order hubungi:
FB:Noor Suhaibah Kak Bah
SMS/CALL: 017-2068603