Ahad, 4 Januari 2015

Cara & Doa Melembutkan hati Anak

Petua ini saya copy dari blog alberuni..
Anak2 merupakan rezeki kurniaan dari Allah, jika kita tak jaga amanah Allah ini, kita yang berdosa. Kadang2 anak2 ini buat kita rasa hilang sabar, kadang2 boleh 'terpukul' juga kan. Dengan petua yang diberikan ini insyaAllah saya akan praktikkan, walaupun tak semua yang disenaraikan tu mampu diamalkan.

Setiap anak mempunyai cara yang berbeza..Oleh itu kita sebagai ibu bapa perlu bijak menggunakan cara & pendekatan yang berbeza untuk menangani kerenah anak2.Sebagai seorang ibu saya akui kadang kala kita takkan terlepas dari membuat kesilapan dalam mendidik anak2.Namun jika kita sedar kesilapan itu & mengakuinya tak menjadi masalah.Jadi anak2 pun akan faham bahawa orang dewasa juga tak semesti nya betul.Saya juga suka terangkan balik kenapa saya marah pada anak..supaya dia tahu silap dia & faham yang kita bukan suka2 nak marah..Jom Baca & sama2 kit amalkan


1. Cubalah cara ini:
  • 1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
  • 2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
  • 3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
  • 4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  • 5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
2. Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:
  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali )
3. Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.
4. Cara ini juga boleh dicuba
  • 1) Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
  • 2) Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
  • 3) baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.
5. Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]

Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.

Pengedar Shaklee Anda:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
H/p: 017-2068603

Tiada ulasan:

Catat Ulasan