Isnin, 26 Januari 2015

Herbal-blend







Salam ceria..ptg ni saya nk kongsi pasal Herbal-blend.Jom baca kebaikan krim ni.

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Setiap kali Faris terkena gigitan nyamuk atau semut, saya akan cepat-cepat sapukan krim Herbal Blend supaya tak melarat. Dan hasilnya sungguh memuaskan! Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je ruam tu hilang.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Masalah tumit pecah sememangnya memalukan. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Saya juga pernah mengalami tumit pecah dan merekah. Jadi, saya menggunakan krim Herbal Blend untuk disapu pada tumit setiap hari..dan hasilnya, Alhamdulillah :-)


3. Ubat luka atau melecur

Tak sangka pulak, Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Semua pun boleh...macam tak percaya je kan? Kalau nak tahu, cubalah sendiri..

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Luka pada puting akibat gigitan si kecil? Huhu..pedihnya, Allah je yang tau. untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka tersebut. Cepat je kering tau..Lagi pun,  Herbal blend ni sangat natural, jadi janganlah risau.. Ia tiada bahan kimia dan ia dijamin selamat untuk semua.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan menghilang entah ke mana...

6. Ruam pada bayi

Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Adakalnya sampai melarat-larat. macam saya dulu, bermacam-macam krim saya cuba. Masa tu kesian sangat coz tak kenal lagi Herbal Blend. Terpaksalah bagi krim yang ada steroid bagai. Tapi lepas-lepas ni, tak mau lagi dah. Herbal blend kan ada..Jangan tak tau, Herbal Blend mampu melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam lampin tersebut. 

7. Losyen harian
Saya juga gunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal Blend tidak berminyak. Jadi sememangnya nyaman dan selesa.



Kenapa harus pilih Herbal Blend?


Herbal Blend  diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikalbagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Pertanyaan@pesanan hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
H/p: 017-2068603

Selasa, 20 Januari 2015

Set Cucian Yang Mesra Alam..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kita asyik dengar shaklee ni produk vitamin & makan tambahan je,betul tak?
Saya mula2 pun tak tahu,tapi lepas jadi ahli dapat member kit keja dok belek
baca haha.Pastu baru tau ada produk cucian bagai.
Bahan pencuci yang dikhaskan untuk kegunaan rumah dan yang pastinaya 
selamat tanpa bahan-bahan yang kimia merbahaya dan semestinya berkesan
dan mesra alam.










SET GET CLEAN Shaklee terdiri daripada:
Basic H 
Soft Fabric
Fresh Laundry
Hand Dish Wash


Basic - H2

Bagi anda yang sangat pentingkan kebersihan & keseleasaan keluarga,
jom cuba Basic H2.Tambah2 yang ada anak kecil,ada ahli keluarga yang ada ekzema,
asthma@ pn alahan habuk ni sgt2 la sesuai mencuba.

● Tak melekit dan tidak perlu dibilas selepas mop lantai.
●  Sangat pekat dan jimat kerana hanya beberapa titis diperlukan 
untuk satu baldi.
● sesuai digunakan untuk mencuci tandas, lantai, tingkap, cermin, 
dinding, dan perabut yang berhabuk.

Berkesan
* Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak 
* Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan
 48 gelen air 
* Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H 
di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama 

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang 
boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan.
 Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. 
Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis 
neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan
 bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang 
terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun
 yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan
 di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Mesra Alam
* Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
* Biorosot 
* Tanpa fosfat 
* Bungkusan yang boleh kitar semula 
* Tanpa bahan pewarna 
* Selamat untuk sistem septik dan pembentungan 

Hand Dish Wash



















● Tiada bahan kimia
● Berasaskan dari sumber tumbuh-tumbuhan.
● Selamat digunakan untuk mencuci botol susu, punting, mainan
  dan perkakas dapur.
● sangat pekat, setitis sahaja menghasilkan buih yang banyak.

Berkesan
Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci 
pinggan mangkuk yang lebih banyak
Buih Sabun yang lebih tahan lama

GET CLEAN LAUNDRY










Fresh Laundry Concentrate Powder Shaklee
● Formula enzim nya yang semulajadi membantu pakaian yang 
dibasuh lebih bersih dan tiada bau hapak.
● Dengan satu kotak mampu membuat basuhan hingga 88 basuhan.  
Hanya 1 sudu setiap 8 kg basuhan.
● Selamat digunakan untuk membasuh pakaian bayi kerana selamat
 pada kulit bayi yang sensetif.
● Sesuai untuk mereka yang berkulit sensetip dan elergi 
● Bau yang menyenangkan dan segar.
● Berkesan untuk hilangkan daki dikawasan colar baju.
● Lembut pada tangan.

Tahukah Anda?

Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh 
meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan 
mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate
 merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh 
EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan 
berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan 
atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya 
pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya
 membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang
 bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan 
masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut 
mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Soft Fabric Concentrate Shaklee
● Berkepekatan tinggi  iaitu 946ml (32auns) dapat melembutkan
 sebanyak 64 muatan. 
● Mudah disimpan dan boleh dituang walaupun atas tangan. 
● Digunakan untuk melembutkan pakaian iaitu lebih berbau segar,
 selembut sutera dan menghilangkan kedutan-kedutan pada kain. 
● Size yang kecil mudah dibawa kemana-mana.
Set Get Clean Home Shaklee patut ada pada setiap rumah kerana 
ianya Selamat, Tiada bahan kimia, tanpa gas beracun, Tidak bertoksik,
 Tiada bahan pewangi, Ph seimbang dan tanpa klorin.

Jadi apa tunggu lagi? Jom tukar kepada Shaklee kerana semua produk
 pencuci Shaklee telah diuji dan 100% selamat kerana ianya:
* Tidak bertoksik 
* Tanpa gas beracun 
* Tanpa bahan kimia berbahaya 
* Tanpa bahan pewangi 
* Lembut pada tangan 
* pH seimbang 
* Tanpa klorin
Pertanyaan@pesanan hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
H/p: 017-2068603

Set Prosante Shaklee

Salam ceria semua..
Banyak hari tak berblog,sibuk dengan urusan hakiki.Almaklum suri sepenuh masa.kadang2 nk cantik2 sgt pn rasa tak da masa..hehe nampak sgt bg alasan kan?
Hari ni saya nak cerita bab rambut.Kadng2 kita sebagai wanita ni byk yg nk uruskan,nak2 yg ada anak kecik.Nak bersaloon lama2 pn tak boleh,tapi tu bukan alasan untuk kita abaikaan penjagaan rambut.
Rambutkan mahkota wanita,tak kisah la yg bertudung @ pun tak.nasihat utk diri sendiri jgk ni.

Pakai tudung tu wajib kerana aurat wanita. Apabila kita pakai tudung rambut dan kulit kepala terperap lama dalam tudung. Ini menyebabkan rambut tidak bernafas dan udara tidak dapat masuk dengan baik. Keadaan ini akan mengundang kulit kepala menjadi gatal dan berkelumumur, selain berminyak dan hujung rambut bercabang. Oleh itu kita mesti rajin mencuci rambut sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mengelakkan kulit kepala kita lembap dan berminyak.

Perkara yang paling penting sekali untuk menjaga rambut ni adalah pemilihan shampoo yang sesuai. Jom kita baca kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan.


Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee
Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung

Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung
Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee
Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi


Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee
Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung
Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
  6. ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
Berikut adalah cadangan aturan penggunaan Set Penjagaan Rambut ProSante

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung


Selain set di atas,anda juga boleh cuba Zinc Complex & esp Untuk atasi masalah rambut.Pembelian adalah mengikut bajet anda.Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memilih cara untuk astasi masalah anda.Berminat nak dapatkan tak??

Pertanyaan@pesanan hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
H/p: 017-2068603

Selasa, 13 Januari 2015

Manfaat Join Health Tablet

Vitamin untuk kesihatan sendi (tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia)

Bayangkan jika salah satu sendi gagal berfungsi, pastilah pergerakan jadi terbatas. Terutamanya kepada mereka yang aktif. Tak kiralah sama ada mereka yang aktif bersukan,  kerja yang banyakpergerakan  atau yang suka pada aktiviti lasak dan ekstrem kesihatan sendi wajib diambil serius. Jangan pandang enteng tau!



Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Jom kita baca mengenai vitamin untuk kesihatan sendi

Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara kesihatan sendi-sendi tubuh badan.Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa sendi yang sering bekerja bagi memastikan setiap pergerakan dapat dilakukan. Sendi-sendi badan adalah:




Advanced Joint Health Tablet ini memberi manfaat kepada sendi melalui 3 cara:-

  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.


Tulang rawan menyusut secara semulajadi seiring dengan peningkatan usia. Tekanan fizikal yg berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskanpembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaaan sendi dan pergerakan terbatas. 



Aktiviti biasa seperti membongkokduduk dan berjalan menjadi begitu mencabar kepada mereka yang mengalami masalah sendi ini.  Pencegahan awal perlu demi masa depan kita. Sakit atau tidak bukan ukuran untuk kita tidak mendapatkan nutrisi sendi. Sendi kita semakin goyah seiring dengan peningkatan usia kita. Jadi sediakan payung sebelum hujan!

Semoga apa yg saya kongsikan dapat membantu anda semua.Selepas baca entri ni sila la klik folow kt butang g+ ye.tq


Pertanyaan@pesanan hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
H/p: 017-2068603

Isnin, 12 Januari 2015

Set Sakit Sendi






Hilangkan Sakit Lutut, Sendi dan Tulang Dengan Set Kesihatan Sendi Shaklee

Walaupun ramai yang menganggap sakit lutut, sendi dan tulang ini sinonim dengan golongan warga emas, tetapi sebenarnya tidak. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengalami kesakitan pada lutut, sendi dan tulang ini. Mereka yang aktif bersukan seperti pemain bola, ibu yang mengandung dan menyusu, mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan, mereka yang mengalami masalah berat badan dan mereka yang melakukan kerja-kerja berat juga boleh mendapat sakit lutut, sendi ataupun tulang ini pada bila-bila masa. Hatta anda yang sedang berada di hadapan PC ini pun pasti pernah mengalami sakit urat dan sendi di bahagian bahu dan tengkuk, bukan?


Bagaimana mengetahui anda mengalami penyakit sendi?

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit sendi adalah merasa nyeri sendi atau ngilu di bahagian sendi. Apabila anda mengalami sakit sendi, anda akan merasa sakit dan lembut di kawasan tersebut, menjadi bengkak, mengalami keradangan, kaku dan sukar bergerak.

Apakah punca yang menjadikan bahagian di kawasan sendi sakit?

 

1. Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid arthritis adalah penyebab nyeri sendi kronik yang paling lazim. Ia bukanlah satu penyakit khas untuk golongan tua seperti yang biasa dianggap umum kerana golongan muda juga boleh terkena penyakit ini. Penyakit rheumatoid arthritis berpunca daripada kerosakan sistem autoimun yang menyebabkan tubuh menghasilkan zat penyebab keradangan, terutama di bahagian sendi. Bahagian tubuh yang sering diserang penyakit ini adalah sendi jari tangan dan kaki dan tulang belakang. Rheumatoid arthritis menyebabkan keradangan dan pembengkakan selaput sendi dan lama kelamaan merosakkan kapsul sendi dan seterusnya tendon. Dan akhirnya, ia menyebabkan deformasi pada tulang dan kesukaran untuk bergerak.

2. Osteoarthritis

Osteoarthritis adalah penyakit sendi degeneratif (umumnya menyerang mereka yang berusia 45 tahun ke atas). Pesakit osteoarthritis juga mengalami nyeri sendi tetapi tidak bermula dengan keradangan. Nyeri sendi akan dirasai apabila mengangkat berat dan pada waktu mula-mula bergerak dari posisi istirehat. Faktor yang menyebabkan osteoarthritis ini adalah penuaan dan juga penggunaan sendi yang berterusan. Akibat geseran ini, lama kelamaan tulang rawan akan menjadi haus dan menyebabkan rasa nyeri terutama pada bahagian pinggul, lutut, tangan, kaki, dan tulang belakang.

3. Ankylosing spondylitis

Ankylosing spondylitis adalah salah satu bentuk arthritis juga. Mereka yang mengalami penyakit ini sering mengalami rasa nyeri dan keradangan terutamanya pada sendi tulang belakang dan juga pinggul. Gejala dirasai semasa tidur, setelah bangun tidur atau setelah lama tidak aktif. Untuk kes yang berat, ankylosing spondylitis boleh menyebabkan percantuman tulang belakang sehingga menyebabkan bongkok, yang dikenal sebagai kyphosis. Keparahan kes adalah berlainan dan tidak semua penderita mengalami gabungan tulang belakang. Sesetengah orang mungkin hanya mengalami sakit punggung atau pinggul secara berkala. Seperti juga rheumatisme, ankylosing spondylitis adalah penyakit autoimun yang menurun.

4. Psoriatik Arthritis

Arthritis ini adalah kesan sampingan daripada penyakit psoriasis. Pembengkakan yang  menyakitkan dapat terjadi pada semua sendi, terutama ruas jari, pergelangan tangan, lutut, tulang selangka, pergelangan kaki dan punggung bawah. Gejala biasanya disertai dengan masalah kulit. Sekitar 30-40% orang dengan gejala psoriasis akan mengalami psoriatik arthritis, meskipun sering kali tidak didiagnosis, terutama jika gejalanya ringan. Psoriatik arthritis biasanya terjadi antara usia 30-50 tahun, namun ia boleh terjadi tidak mengira usia dan kepada lelaki mahupun wanita.

5. Gout (asam urat)

Jika rasa sakit tajam berada di sekitar ruas dan pergelangan kaki, penyebabnya mungkin adalah gout. Gout adalah hasil kadar asam urat (asid urik) yang tinggi dalam darah. Rasa sakit sendi biasanya disertai dengan bengkak, kemerahan, dan hangat.

Selain daripada lima situasi di atas, penyakit lupus (SLE) dan penyakit-penyakit yang lain seperti demam urat, cacar air, hepatitis, dan influenza juga dapat menyebabkan nyeri pada sendi.

Bagaimana nak hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang ini?

Kaedah biasa yang digunakan untuk menghilangkan sakit lutut dan sendi ini ialah dengan mengambil ubat ataupun suntikan, Malangnya, kesan ubat dan suntikan ini hanya memberikan kelegaan buat sementara waktu sahaja dan jika ia diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan sampingan kepada organ badan yang lain pula. Penderita penyakit ini juga boleh menghilangkan rasa sakit dengan melakukan pembedahan tetapi kosnya lebih mahal dan mengambil masa untuk pesakit mudah bergerak semula.

Alternatif untuk hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang

Bagi mengelakkan pembedahan mahupun pergantungan kepada ubat demi menghilangkan rasa sakit, mereka yang mengalami sakit lutut, sendi dan tulang ini boleh mengambil nutrien semulajadi sebagai alternatif.
Zat-zat yang diperlukan untuk mendapatkan sendi yang sihat ialah:

  1. Glukosamina -  Bagi membina semula tulang rawan dan bendalir sinovia yang semakin berkurangan (haus).
  2. Vitamin C - Bagi melawan radikal bebas yang ditemui di dalam bendalir pesakit arthritis dan sendi yang radang.
  3. Omega-3 - Bagi mengurangkan keradangan/inflamasi dalam sendi
  4. Kalsium dan mineral - Bagi menjamin kekuatan dan kesihatan tulang.

Set Kesihatan Sendi Shaklee


Jadi, sebagai alternatif, pesakit lutut, sendi dan tulang boleh mendapatkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan untuk memastikan anda bebas daripada penyakit ini. Set Kesihatan Sendi Shaklee terdiri daripada tiga jenis supplemen iaitu, Advanced Joint Health TabletOmega Guard dan OsteMatrix.


Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap supplement dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:
  1. Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  2. Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
  3. OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!

Dengan ketiga-tiga supplement ini, dengan izin Allah, sakit lutut, sendi dan tulang anda akan berkurangan dan anda akan lebih bebas untuk bergerak.

Pertanyaan@order hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
H/p: 017-2068603