Rabu, 31 Disember 2014

Bawang Putih??





JOM BACA...

Bawang Putih atau juga dikenali sebagai Garlic dalam bahasa inggeris adalah antara bahan yang penting dalam masakan kita. Tetapi, tahukah anda garlic juga baik untuk kesihatan? Bawang Putih atau Garlic kaya dengan banyak khasiat yang berguna untuk kesihatan kita.

Garlic atau Bawang Putih merupakan sejenis herba yang bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah juga digunakan sebagai ubatan untuk mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit.

Antara kegunaan bawang putih atau garlic dari segi perubatan adalah:

/Tekanan darah tinggi
/Kolesterol tinggi
/Penyakit Jantung Koronari
/Serangan Jantung
/Atherosclerosis
/Mencegah kanser colon, rectal, stomach, breast, prostate, paru-paru
/Merawat kanser prostat
/Merawat kanser pundi kencing
/Merawat kencing manis
/Merawat Osteoathritis
/dan banyak lagi.......

Allicin yang terdapat dari garlic memberikan banyak kebaikan. Banyak perubahan yang dilakukan untuk menyediakan sumber garlic bagi tujuan perubatan. Jumlah allicin, jumlah bahan aktif di dalam garlic, serta jumlah sumber bau garlic berbeza mengikut kepada cara persediaan. Allicin yang dihasilkan melalui cara menghancurkan garlic tersebut, atau dipotong halus adalah sangat baik.

GARLIC SHAKLEE

✔ Dihasilkan daripada bawang putih (garlic) jenis premium
✔ Bawang putih tersebut bebas racun perosak dan ditana secara organik
✔ Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan 100% allicin aktif kekal pada garlic tersebut
✔ Mengandungi pelbagai vitamin E untuk tingkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya dalam tubuh kita

Setiap 2 tablet GARLIC = 1000 mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar

Antara khasiat dan kebaikan GARLIC SHAKLEE ialah:
❁ Mengandungi spearmint yang membantu mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
❁ Merupakan antibiotic semulajadi dan selamat dimakan untuk jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema
❁ Membantu untuk menghalang alergi seperti sinus, asthma
❁ Mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik
❁ Menurut kajian, pengambilan 2 - 4 tablet garlic membantu menurunkan darah tinggi
❁ Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam (raksa, plumbum, kadmium) dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia
❁ Membantu menurunkan paras kolesterol
❁ Melindungi Jantung
❁ Menghalang Strok
❁ Membantu mengurangkan pencetusan kejadian kanser - nitrosamine
❁ Membantu menstabilkan glukos dalam tubuh


Pertanyaan@order hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
SMS/CALL: 017-2068603

Anda & Bayi


Apakah sebab bayi menangis?
Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari. Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk? Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan kontak mata, membuat bunyi-bunyi tertentu, dan juga dengan senyuman. Semua ini dapat mengurangkan keperluan untuk menangis.

Sebab-sebab biasa bayi menangis ada disenaraikan di bawah. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.

1. Saya perlukan makanan
Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga.

Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi.

Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa. Setengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa.

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu kehangatan - tidak terlalu panas atau terlalu sejuk
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula.

Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa. Jika dia berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk.

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 atau 25 darjah C, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya dia tak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk
Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk.

Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.

5. Saya perlukan rehat
Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang.

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena.

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring.

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:

muntah-muntah
cirit-birit
sembelit

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga.

Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega.
Anak saya sedang menangis. Apa yang harus saya lakukan?
Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.

#Bedungkan dia dan peluk dengan kuat
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

#Dapatkan ritma yang sekata
Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.)

#Buai-buaikan bayi
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

#Cuba kaedah urutan
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

#Biarkan dia menghisap sesuatu
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

#Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:

#Tarik nafas panjang.
Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.
Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.
Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain tentang cara untuk menangani tangisan bayi. Direktori A-Z kami mungkin mempunyai sumber yang boleh membantu anda.
Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.
Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.

UNTUK DAPAT LEBIH BANYAK INFO LAYARI:
www.babycenter.com.my

Selasa, 30 Disember 2014

SET KECANTIKAN KULIT




Setiap wanita ingin memiliki wajah cantik berseri, halus mulus, dan gebu. Kecantikan memang sinonim dengan wanita.Setiap hari wanita didedahkan dengan persekitaran yang berkaitan keindahan dan kecantikan.Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang merungsingkan dan menyebabkan keyakinan diri berkurangan.
Kebaikan Set Skincare Shaklee

Nak cantik? Nak kulit cantik berseri?kali ini nak bercerita tentang Set D Shaklee. Set D ini juga dikenali sebagai Set Skincare yang dapat membantu penjagaan kecantikan secara semulajadi. Ramai di antara kita yang ingin mendapatkan kulit yang cantik berseri tanpa mahu berbelanja mahalkan?? Set D Shaklee adalah penyelesaiannya.

Penting bagi kita untuk menjaga kesihatan kulit dari dalam kerana setiap apa yang dilihat selalunya bermula dari dalaman. Secara amnya, keadaan persekitaran adalah penyebab utama kepada kerosakan kulit selain daripada faktor umur, pemakanan, dan juga alahan sehingga menyebabkan kulit mempunyai pelbagai masalah seperti jerawat, kulit kusam dan kering, pigmentasi dan banyak lagi.

Set D Shaklee ini mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Jom kita baca apa peranan utama vitamin-vitamin ini

Kebaikan Set Skincare Shaklee

#Vitamin C

>Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
>Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).

#Vitamin E

>Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
>Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
>Membantu memudarkan parut

#B Complex

>membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
>membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
>Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan
kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku


Pertanyaan@order hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
SMS/CALL: 017-2068603

Atasi Masalah Angin Dengan Peppermint Ginger Plus


10 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu
Kebaikan dan Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee
Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

>Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
>Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
>Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
>Mereka yang sering mengalami kembung perut
>Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

#Pudina (Peppermint)

>Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
>Membantu dalam penghadaman.
>Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
>Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
>Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
>Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
>Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.

#Halia

>Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
>Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
>Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia.
Tahukah anda Halia juga bermanfaat dari segi kesihatan. Ada 10 kelebihan halia yang mungkin kita sendiri tidak tahu:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema.
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan
perut sebanyak 75 peratus.

#Pokok adas (fennal)

>Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu.
>Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.

#Cekur Manis (anise)

>Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
>Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
>Melegakan haba dimusim panas dan lembab
>Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut


Pertanyaan@order Hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
SMS/CALL: 017-2068603