Isnin, 12 Januari 2015

Set Sakit Sendi






Hilangkan Sakit Lutut, Sendi dan Tulang Dengan Set Kesihatan Sendi Shaklee

Walaupun ramai yang menganggap sakit lutut, sendi dan tulang ini sinonim dengan golongan warga emas, tetapi sebenarnya tidak. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengalami kesakitan pada lutut, sendi dan tulang ini. Mereka yang aktif bersukan seperti pemain bola, ibu yang mengandung dan menyusu, mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan, mereka yang mengalami masalah berat badan dan mereka yang melakukan kerja-kerja berat juga boleh mendapat sakit lutut, sendi ataupun tulang ini pada bila-bila masa. Hatta anda yang sedang berada di hadapan PC ini pun pasti pernah mengalami sakit urat dan sendi di bahagian bahu dan tengkuk, bukan?


Bagaimana mengetahui anda mengalami penyakit sendi?

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit sendi adalah merasa nyeri sendi atau ngilu di bahagian sendi. Apabila anda mengalami sakit sendi, anda akan merasa sakit dan lembut di kawasan tersebut, menjadi bengkak, mengalami keradangan, kaku dan sukar bergerak.

Apakah punca yang menjadikan bahagian di kawasan sendi sakit?

 

1. Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid arthritis adalah penyebab nyeri sendi kronik yang paling lazim. Ia bukanlah satu penyakit khas untuk golongan tua seperti yang biasa dianggap umum kerana golongan muda juga boleh terkena penyakit ini. Penyakit rheumatoid arthritis berpunca daripada kerosakan sistem autoimun yang menyebabkan tubuh menghasilkan zat penyebab keradangan, terutama di bahagian sendi. Bahagian tubuh yang sering diserang penyakit ini adalah sendi jari tangan dan kaki dan tulang belakang. Rheumatoid arthritis menyebabkan keradangan dan pembengkakan selaput sendi dan lama kelamaan merosakkan kapsul sendi dan seterusnya tendon. Dan akhirnya, ia menyebabkan deformasi pada tulang dan kesukaran untuk bergerak.

2. Osteoarthritis

Osteoarthritis adalah penyakit sendi degeneratif (umumnya menyerang mereka yang berusia 45 tahun ke atas). Pesakit osteoarthritis juga mengalami nyeri sendi tetapi tidak bermula dengan keradangan. Nyeri sendi akan dirasai apabila mengangkat berat dan pada waktu mula-mula bergerak dari posisi istirehat. Faktor yang menyebabkan osteoarthritis ini adalah penuaan dan juga penggunaan sendi yang berterusan. Akibat geseran ini, lama kelamaan tulang rawan akan menjadi haus dan menyebabkan rasa nyeri terutama pada bahagian pinggul, lutut, tangan, kaki, dan tulang belakang.

3. Ankylosing spondylitis

Ankylosing spondylitis adalah salah satu bentuk arthritis juga. Mereka yang mengalami penyakit ini sering mengalami rasa nyeri dan keradangan terutamanya pada sendi tulang belakang dan juga pinggul. Gejala dirasai semasa tidur, setelah bangun tidur atau setelah lama tidak aktif. Untuk kes yang berat, ankylosing spondylitis boleh menyebabkan percantuman tulang belakang sehingga menyebabkan bongkok, yang dikenal sebagai kyphosis. Keparahan kes adalah berlainan dan tidak semua penderita mengalami gabungan tulang belakang. Sesetengah orang mungkin hanya mengalami sakit punggung atau pinggul secara berkala. Seperti juga rheumatisme, ankylosing spondylitis adalah penyakit autoimun yang menurun.

4. Psoriatik Arthritis

Arthritis ini adalah kesan sampingan daripada penyakit psoriasis. Pembengkakan yang  menyakitkan dapat terjadi pada semua sendi, terutama ruas jari, pergelangan tangan, lutut, tulang selangka, pergelangan kaki dan punggung bawah. Gejala biasanya disertai dengan masalah kulit. Sekitar 30-40% orang dengan gejala psoriasis akan mengalami psoriatik arthritis, meskipun sering kali tidak didiagnosis, terutama jika gejalanya ringan. Psoriatik arthritis biasanya terjadi antara usia 30-50 tahun, namun ia boleh terjadi tidak mengira usia dan kepada lelaki mahupun wanita.

5. Gout (asam urat)

Jika rasa sakit tajam berada di sekitar ruas dan pergelangan kaki, penyebabnya mungkin adalah gout. Gout adalah hasil kadar asam urat (asid urik) yang tinggi dalam darah. Rasa sakit sendi biasanya disertai dengan bengkak, kemerahan, dan hangat.

Selain daripada lima situasi di atas, penyakit lupus (SLE) dan penyakit-penyakit yang lain seperti demam urat, cacar air, hepatitis, dan influenza juga dapat menyebabkan nyeri pada sendi.

Bagaimana nak hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang ini?

Kaedah biasa yang digunakan untuk menghilangkan sakit lutut dan sendi ini ialah dengan mengambil ubat ataupun suntikan, Malangnya, kesan ubat dan suntikan ini hanya memberikan kelegaan buat sementara waktu sahaja dan jika ia diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan sampingan kepada organ badan yang lain pula. Penderita penyakit ini juga boleh menghilangkan rasa sakit dengan melakukan pembedahan tetapi kosnya lebih mahal dan mengambil masa untuk pesakit mudah bergerak semula.

Alternatif untuk hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang

Bagi mengelakkan pembedahan mahupun pergantungan kepada ubat demi menghilangkan rasa sakit, mereka yang mengalami sakit lutut, sendi dan tulang ini boleh mengambil nutrien semulajadi sebagai alternatif.
Zat-zat yang diperlukan untuk mendapatkan sendi yang sihat ialah:

  1. Glukosamina -  Bagi membina semula tulang rawan dan bendalir sinovia yang semakin berkurangan (haus).
  2. Vitamin C - Bagi melawan radikal bebas yang ditemui di dalam bendalir pesakit arthritis dan sendi yang radang.
  3. Omega-3 - Bagi mengurangkan keradangan/inflamasi dalam sendi
  4. Kalsium dan mineral - Bagi menjamin kekuatan dan kesihatan tulang.

Set Kesihatan Sendi Shaklee


Jadi, sebagai alternatif, pesakit lutut, sendi dan tulang boleh mendapatkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan untuk memastikan anda bebas daripada penyakit ini. Set Kesihatan Sendi Shaklee terdiri daripada tiga jenis supplemen iaitu, Advanced Joint Health TabletOmega Guard dan OsteMatrix.


Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap supplement dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:
  1. Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  2. Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
  3. OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!

Dengan ketiga-tiga supplement ini, dengan izin Allah, sakit lutut, sendi dan tulang anda akan berkurangan dan anda akan lebih bebas untuk bergerak.

Pertanyaan@order hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
H/p: 017-2068603


UBAT TAHAN SAKIT


Ramai individu yang mengambil ubat tahan sakit apabila mengalamim kesakitan. Tapi adakah anda tahu mengenai sakit serta variasi ubat tahan sakit yang ada di pasaran?
APAKAH ITU KESAKITAN?
  • Ia bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah sejenis gejala/tanda
  • Ia adalah salah satu cara memberitau ada sesuatu yang tidak normal
  • Ia boleh disebabkan oleh faktor fizikal seperti luka, lecur, jatuh atau penyakit
  • Ia juga boleh disebabkan oleh faktor emosi seperti tekanan hidup.
Mekanisma kesakitan
  • Rasa sakit dikesan oleh saraf di kawasan kecederaan.
  • Isyarat sakit tersebut dihantar ke otak untuk diproses serta dikenali sebagai kesakitan
  • Dalam masa yang sama di tempat kecederaan ada bahan kimia yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’ dikeluarkan dan menyebabkan kawasan tercerdera tersebut merah dan membengkak atau dikenali sebagai inflamasi/keradangan
 PENGGUNAAN UBAT TAHAN SAKIT
Terdapat pelbagai jenis ubat tahan sakit dan ia berfungsi dengan cara yang berlainan dan sesuai untuk jenis sakit tertentu. Keberkesanan melegakan kesakitan bergantung kepada berberapa perkara penting seperti:
  • Kesesuaian ubat tahan sakit dengan jenis sakit yang dialami
  • Bentuk formulasi ubat tahan sakit yang digunakan. Terdapat pelbagai formulasi famaseutikal untuk ubat tahan sakit seperti tablet larut air, tablet perlepasan terkawal, bentuk larutan/sirup, suntikan, krim, jel dan tampalan.
  • Berapa kerap ubat tahan sakit digunakan. Adalah digalakkan untuk tidak kerap menggunakan ubat tahan sakit. Hanya gunakan bila perlu sahaja. Tanyalah alhi farmasi atau doktor anda
  • Umur individu, keadaan perubatan dan ubat-ubat lain – boleh mempengaruhi jenis, formulasi dan dos ubat yang paling sesuai untuk melegakan sakit individu berkenaan. Tanyalah nasihat ahli farmasi atau doktor anda berkaitan isu ini.
Terdapat dua jenis ubat tahan sakit
Ubat jenis narkotik
  • codein, morphine
  • Ubat tahan sakit paling berkesan dan digunakan untuk kesakitan selepas pembedahan atau kecederaan yang serious dan hasil dari penyakit tertentu (barah)
  • Berfungsi di otak dengan menghalang isyarat sakit daripada dikesan oleh otak untuk diterjemah sebagai kesakitan.
  • Boleh menghasilkan kesan keterujaan yang boleh membawa kepada salah guna dan ketagihan. Oleh itu penggunaannya amat dikawal.
Ubat bukan narkotik
  • Aspirin, paracetamol, ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs)
  • Tidak terlalu kuat sepeti jenis narkotik
  • Befungsi di saraf sakit pada kawasan kecederaan untuk menghalang dari isyarat sakit dihantar ke otak
  • Ubat jenis NSAIDs pula (cth: ibuprofen, naproxen, mefenamic acid) akan menghalang penghasilan ‘prostaglandin’ dan mengurangkan keradangan
Paracetamol
  • Ubat paling popular di pasaran untuk tahan sakit
  • Melegakan kesakitan yang ringan dan sembuh dalam sehari dua
  • Juga mengurangkan demam
  • Sesuai untuk kanak-kanak mengikut dos yang dicadangkan
  • Alternatif bagi individu yang alah pada Aspirin
  • Antara ubat tahan sakit paling selamat apabila diambil dengan betul serta boleh digunakan semasa mengandung dan ibu yang menyusukan anak kerana hanya sedikit sahaja ubat ini berpindah masuk ke dalam susu ibu.
  • Selalunya tidak memberikan kesan kerengsaan pada perut
  • Namun kesan dos berlebihan sangat berbahaya serta boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada hati dan buah pinggang.
Aspirin
  • Juga dikenali dengan nama Actylsalicylic acid
  • Melegakan kesakitan minor and sakit-sakit otot, sendi, sakit kepala, sakit urat dan sakit luka kecederaan.
  • Melegakan sakit senggugut
  • Mengurangkan demam
  • Mengurangkan kesan keradangan. cth; pesakit arthritis/sakit sendi
  • Boleh membantu menghalang pembekuan darah yang abnormal (mengurangkan kejadian stroke berlaku)
  • Tidak sesuai digunakan untuk individu yang mempunyai pembekuan darah yang tidak normal
  • Tidak boleh digunakan semasa mengandung dan pesakit gout yang mudah sakit perut apabila mengambil ubat ini
  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja
  • Adakalanya menerukkan lagi keadaan asthma.
NSAIDs
  • cth; Mefenamic acid, Ketoprofen, Indomethacin dll
  • kerap digunakan untuk mengurangkan keradangan akibat terseliuh dan arthritis/sakit sendi
  • Digunakan untuk ubat tahan sakit semasa haid
  • Boleh menyebabkan ulser perut, maka jangan guna ubat ini jika anda mengalami ulser perut melainkan di bawah penjagaan doktor anda. Ambil bersama makanan untuk mengurangkan rasa perut tidak selesa semasa pengambilan ubat ini
  • Menerukkan lagi keadaan asthma
  • Kebanyakannya tidak digalakkan untuk digunakan semasa mengandung atau menyusukan bayi
Codeine
  • Digunakan secara kombinasi dengan aspirin atau paracetamol untuk melegakan kesakitan
  • Boleh juga digunakan untuk menghalang batuk
  • Boleh menyebabkan kepala pusing, loya, muntah, sembelit, dan sekat pernafasan.
PENJAGAAN KENDIRI
  • Jangan ambil ubat tahan sakit secara berterusan dalam jangka masa melebihi 3 hari tanpa berjumpa dengan pengamal perubatan anda. Pengambilan ubat tahan sakit dengan dos tinggi dan berterusan dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan buah pinggang, hati dan permukaan dalam perut dan usus.
  • Penggunaan sesetengah jenis ubat tahan sakit yang berterusan dalam jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan ketagihan.
  • Sesetengah ubat tahan sakit boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain. Tanyalah ahli farmasi atau pengamal perubatan anda berkaitan isu ini.
  • Jauhkan ubat tahan sakit dari kanak-kanak
  • Ambil ubat tahan sakit bersama makanan untuk elak dari rasa perut yang tidak selesa atau kesan iritasi perut
  • Selalu lihat pada label kandungan ubat semasa membeli ubat untuk mengelakkan pengambilan ubat yang sama tetapi berlainan jenama atau bentuk formulasi.
  • Elakkan mengambil aspirin bersama paracetamol
  • Selain dari pengambilan ubat-ubatan ada kaedah lain tanpa ubat untuk merawat kesakitan. (cth; kaedah pek panas/sejuk, fisioterapi, akupuntur dan berehat)
  • Pelajari dan amalkan teknik ketenangan untuk atasi stress/ketegangan, terutama jika ia mengakibatkan sakit seperti sakit kepala.
  • Ambil ubat tahan sakit pada masa yang betul dengan dos yang betul bagi mengelakkan keracunan atau sebarang kesan toksin daripada pengambilan ubat secara berlebihan.
  • Beritahu ahli farmasi atau doktor anda jika anda kerap menggunakan ubat tahan sakit.
Kesakitan Akut
Rasa kesakitan akut adalah sangat tajam dan dirasai secara tiba-tiba tetapi berakhir dalam masa yang singkat. Ia mungkin memberi rasa sakit yang sederhana atau sakit yang teruk dan bertahan seminit dua, berjam, berhari atau berminggu. Cth; kesakitan akut terhasil dari gigitan serangga, pening kepala, kelecuran dan patah tulang.
Kesakitan kronik
Apabila kesakitan berpanjangan melebihi 3 bulan maka ia dikelaskan sebagai kesakitan kronik. Ia mungkin terhasil dari kesan penyakit yang kronik (cth; arthritis/sakit sendi atau barah). Namun adakalanya penyebab kesakitan tersebut tidak dapat dikenalpasti. Selalunya kesakitan jenis kronik ini berpunca dari kemalangan, kecederaan, jangkitan kuman atau pembedahan yang merosakkan saraf.
Rujukan:
1- New Guide to Medicine & Drugs
2- MIMS Annual Malaysia (Volume 26 No. 3 1997)
3- BNF 36 (September 1998)
4- Self Care Pharmacy Health Information
5-Patient Education 3rd Edition. McGraw Hill International Edition (2001) John Murtagh
Petikan ni sy ambil dr knowyourmedicine.gov.my