Jumaat, 2 Januari 2015

Info untuk ibu-ibu

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu. 

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. 

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi. 

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya. 

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah: 
  • Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
  • Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
  • Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
  • Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut: 
  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Bayi anda meragam atau sering letih.
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. 

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila: 
  • bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
  • penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
  • dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan. 

Moga perkongsian ilmu ini memberi manfaat untuk kita semua.Bagi anda yang nak tahu lebih banyak info boleh cari kat sini www.babycenter.com.my

Khasiat Vitamin Untuk Ibu Menyusu


SET 1

Mengandungi 2 jenis vitamin sahaja.(alfalfa complex) membantu ibu yang menyusukan anak.Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.

Soy Protien Shaklee memberi manfaat kepada ibu menyusu dan bayi. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yang menghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku). 


SET 2

Mengandungi 4 jenis vitamin asas untuk ibu menyusu iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan yang paling istimewa adalah raja segala tumbuhan (alfalfa complex) yang amat membantu ibu yang menyusukan anak. Set B ini sesuai untuk ibu menyusu yang tidak menghadapi apa-apa masalah dalam penyusuan dan ingin memperkayakan khasiat nutrisi dalam susu ibu dan juga menambah tenaga ibu menyusu. 

Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.

SET 3

Set vitamin ibu menyusu ini mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium) tanpa Alfalfa Complex. Kalsium amat penting untuk menampung kepada ibu menyusu terutama sekali ketika menghadapi saat-saat PMS. Ketika saat-saat PMS berlaku kebanyakkan pengeluaran susu ibu-ibu akan menurun disebabkan paras kalsium yang rendah ketika ini. 

Tambahan pula dapat menguatkan struktur tulang dan gigi ibu menyusu terutamanya kerana ibu menyusu terdedah kepada osteoporosis yang tinggi kerana kita turut membekalkan kalsium kepada bayi. Kalsium juga didapati berperanan meningkatkan pengeluaran susu ibu dan ini memberi kelebihan berganda buat ibu dan anak. Set ini amat sesuai bagi ibu menyusu atau anak yang alah terhadap alfalfa. Juga sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu atau bayi yang alah kepada laktosa. 

SET 4

Mengandungi 4 jenis vitamin ibu menyusu asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C, Alfalfa complex dengan tambahan Kalsium(Ostematrix). Set ini amat sesuai kepada ibu menyusu dan anak yang tidak menghadapi alahan terhadap alfalfa tetapi mempunyai alahan kepada laktosa. 

Juga sesuai untuk ibu menyusu yang kurang mengambil kalsium dalam diet seharian dan  sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu. Set ini juga bagus untuk ibu dan anak kerana mengandungi semua nutrien dan zat yang lengkap untuk keperluan kesihatan ibu dan anak di samping membantu fokus utama ibu menyusukan iaitu (membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu).

SET 5

Mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium). Keistimewaanya adalah set ini dilengkapkan dengan ESP - Soy Protien Shaklee yang manfaat kepada ibu menyusu dan bayi. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yang menghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku). 

Set vitamin ibu menyusu ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation' dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan. 


Manfaat set  ini juga adalah dapat memperbaiki kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya ibu yang menyusu agar tubuh ibu menyusu dapat berfungsi dengan baik yang secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang tinggi kepada ibu dan anak. 

Jumpa lagi..

Pertanyaan@order hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
SMS/CALL: 017-2068603

SET MENYUSU

Salam ceria..
Malam ni nak cerita bab set menyusu shaklee hot jgk la.Set menyusu ni ada dari set paling bajet sampai yang lengkap.Jadi anda yang nak membeli ni ikut la bajet anda..tak da paksaan dalam membeli..

ANTARA SET-SET MENYUSU.

SET 1:
  • ALFALFA
  • ESP
SET 2:
  • ALFALFA
  • VITAMIN C
  • B-COMPLEX
  • VITALEA
SET 3:
  • VITAMIN C
  • B-COMPLEX
  • VITALEA
  • OSTEMATRIX
SET 4:
  • ALFALFA
  • VITAMIN C
  • B-COMPLEX
  • VITALEA
  • OSTEMATRIX
SET 5:
  • ALFALFA
  • VITAMIN C
  • B-COMPLEX
  • VITALEA
  • OSTEMATRIX
  • ESP
Ok..nanti saya tulis khasiat setiap vitamin untuk ibu-ibu menyusu.

Pertanyaan@order hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
SMS/CALL: 017-2068603



Anak2 Tak Selera Makan?

Salam ceria..Anak2 dh tidur saya nak kongsi pasal Vitalea untuk kanak2.Vitalea dh di perbaharui yer..Jom baca apa bagus vitamin ni.

Jika anak anda seorang yang susah nak makan, tak nak makan sangat...inilah pilihan terbaik, iaitu memberi makanan tambahan kepada anak-anak anda. Vitamin Shaklee untuk anak anda ialah Vita-Lea For Children Chewable. Cukup vitamin untuk anak-anak yang kurang makan. Jadi, tak payah nak risau anak-anak kurang nutrisi.
PROMOSI BELI 3 PERCUMA 1

Jom kita tengok apa khasiat kebaikan Vita-Lea For Children Chewable Shaklee...

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrienpenting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya.

Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee:
  • Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Memberi 100% nilai harian vitamin C
  • Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  • Berasaskan phytonutrien semulajadi
  • Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
  • Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
  • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri
Pertanyaan@order hubungi:
FB: Noor Suhaibah Kak Bah
SMS/CALL: 017-2068603