Isnin, 13 Oktober 2014

Tahukah Anda??

Tahukah anda pengambilan kafein blh mengganggu penyerapan vitamin dan mineral...Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. 

Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.

ZAT BESI (IRON)
Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita.

Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi.

Sebaliknya tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya.

KALSIUM
Kaffein akan menyebabkan lebih banyak kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita.

Walaubagaimanapun terdapat kajian yang mengatakan kesan kafein ke atas penyerapan kalsium sangatlah minimal. Oleh itu pengambilan kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

VITAMIN D
Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang menjadi nipis dan mudah rapuh.

VITAMIN B
Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan.

Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk zat besi, kalsium dan kebanyakkan vitamin B kompleks.

Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang mengalami gastrik selepas selesai minum kopi.

Sealain itu kafein juga blh membantutkan usaha anda yg ingin menurunkan berat badan..

Jom kita fahami bagaimana cara kafein boleh menambahkan berat badan.

1. Kafein membuatkan aras cortisol dalam badan meningkat.

Kortisol adalah hormon stress yang menghantar signal kpd badan utk tinggikan penyimpanan tenaga. Proses ini menyebabkan kita rase mengidam nak mkn sesuatu dgn tiba2 serta menyebabkan selera makan bertambah, yang mana membuatkan berat badan bertambah.

2. Kafein boleh cetuskan hypoglycemia

Individu yang mengalami hypoglycemia mempunyai aras gula dalam darah yang rendah dan badan mereka tidak punyai teanaga yang mecukupi untuk aktiviti harian. Untuk tingkatkan tenaga, badan akan hantar isyarat lapar yang palsu yang membuatkan kita rasa nak makan dengan tiba2. Ini juga penyebab berat kita naik.

3. Kafein menurunkan aras serotinin dalam badan

Serotinin merupakan penghantar neuron @ neurontransmitter yang merupakan asas penting dalam otak supaya ia berfungsi dengan baik. Kesan daripada tahap serotinin yang lemah termasuklah rasa ingin makan makanan berkarbohidrat dan obesiti.
Kesan lain ialah rasa cemas, ADD, depresi, insomnia, migrain dan juga meninggikan risiko kepada 2 jenis pesakit diabetes, Tekanan Darah tinggi , pesakit jantung dan kanser yang tertentu.

Jadi anda penggemar kopi dan sebagainya perlu mengurangkan pengambilannya agar pengambilan vitamin anda tidak sia-sia..ambil lah secara sederhana untuk kesihatan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan